INISIATIF KERAJAAN KEMPEN MCMC NEXUS NADI
21 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21/04/2026 bersamaan dengan hari Selasa, petugas mengambil kesempatan untuk menyertai kempen MCMC NEXUS@NADI. MCMC melalui NEXUS akan melaksanakan Pertandingan MCMC NEXUS GO @ NADI bagi tempoh 20 April hingga 20 Julai 2026, dengan sesi kick-off program pada 20 April 2026.
Untuk makluman, pertandingan ini melibatkan penyertaan semua Petugas NADI yang mewakili pusat NADI masing-masing dalam membantu komuniti untuk:
- memuat turun aplikasi MCMC NEXUS; dan
- menjalankan ujian kelajuan internet menggunakan data mudah alih melalui aplikasi tersebut.
Setiap individu yang berjaya dibantu akan dikira sebagai satu (1) penyertaan, dan setiap penyertaan hendaklah dihantar oleh Petugas NADI melalui borang yang disediakan di pautan berikut:
https://forms.gle/G5VvpC6trLNgKVu2A
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan aplikasi MCMC NEXUS di sini, hari ini bagi membolehkan orang ramai menguji kelajuan Internet serta menyumbang data prestasi rangkaian di lokasi masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: